1. Doa wanita
lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab
baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2.
Wanita yang
salehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa
yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takut akan Allah S.W.T.
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4.
Barang siapa
yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5.
Wanita yang
tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di
dalam syurga.
6. Barang siapa
mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7.
Daripada Aisyah
r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
8.
Syurga itu di
bawah telapak kaki ibu.
9.
Apabila
memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu
dahulu.
10.
Wanita yang
taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
11. Wanita yang
taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a.
berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah ang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap
lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W.”Ibunya.”
13. Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia
kehendaki.
14.
Tiap perempuan
yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke
dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15.
Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16.
Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17.
Apabila
seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.
18.
Apabila telah
lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.
19.
Apabila
semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah S.W.T.
20.
Seorang
wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki Saleh.
21.
Seorang wanita
yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
22.
2 rakaat shalat
dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.
23.
Wanita yang
memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat
satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang
melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad.
25.
Wanita yang
melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26.
Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan
di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27.
Wanita yang
tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28.
Wanita yang
memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan
doa keberkatan.
29.
Wanita yang
menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30.
Wanita yang
menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di
baitullah.
31.
Wanita yang
hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32.
Wanita yang
hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33.
Wanita yang
bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34.
Sekiranya
wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati
syahid.
35.
Jika wanita
melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36.
Jika wanita
menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di
langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
37.
Jika wanita
memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala
satu tahun solat dan puasa.
38.
Jika wanita
memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
39.
Wanita yang
meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
40.
Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
41.
Semua orang
akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.
semoga bermanfaat ....
silahkan diSHARE, jika baik untuk dibagikan ....