Kamis, 26 Januari 2012

Nikmatnya Beribadah dengan Menikah

Adab-Adab Suami Terhadap Istri
Nabi Muhammad telah dilamar dan menikah dengan Siti Khadijah ketika usia Baginda 25 tahun. Rasulullah terkenal dengan pekerti sopan, budi bahasa yang mulia dan sifat hormatnya terhadap wanita. Hal ini ditegaskan menerusi sabda Rasulullah yang berbunyi: "Tidaklah orang yang memuliakan wanita kecuali orang yang mulia, tidaklah orang yang menghinakannya (wanita) kecuali orang yang hina."

Islam amat menekankan aspek hormat-menghormati sesama insan. Apalagi hubungan antara suami dengan isteri. Suami dituntut untuk menghormati istri sebagaimana isteri juga mesti menghormati suami. Suami harus menghormati isteri dalam apa jua keadaan, walaupun ketika menegur si isteri. Suami dianjurkan untuk berlembut dan bersabar dalam usaha mendidik isteri. Berdasarkan sabda Rasulullah yang berbunyi: "Wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Apabila kamu luruskan (dengan keras)maka akan patahlah tulang tersebut."

Sikap tegas dan keras penting dalam usaha untuk menegur dan memperbaiki keburukan dalam diri wanita, manakala kelembutan dan kasih sayang pula penting bagi kelemahan di dalam diri wanita.

Para suami boleh mencontohi Rasullullah SAW dalam mengurus rumah tangga masing-masing. Lihatlah bagaimana sayang dan hormatnya Rasulullah terhadap isterinya, tidak sekali-kali untuk membebankan isteri-isteri kesayangannya. Saling pengertian serta kerjasama adalah penting dalam usaha untuk mengeratkan hubungan rumahtangga. Banyak perkara melibatkan urusan rumah tangga dilakukan sendiri oleh Rasulullah, misalnya pergi ke pasar, menjahit pakaian dan sebagainya.

Sebagai suami, cinta dan kasih sayang bukanlah satu-satunya aspek yang perlu dititikberatkan terhadap isteri. Dalam menjamin kebahagiaan rumah tangga, si suami perlulah menimba ilmu dan menyampaikan pengetahuan-pengetahuan yang berguna untuk dihayati oleh si isteri. Rumahtangga bukan sekadar untuk memenuhi keperluan nafsu dan kasih sayang, tetapi juga sebagai satu jalan untuk menyebarkan dakwah Islamiah.

Sebagai suami, tidak mesti menang dan mengatasi isteri dalam semua perkara. Suami tidak perlu ego terhadap si isteri. Dalam erti kata lain, suami tidak semestinya berpangkat lebih tinggi atau bergaji besar berbanding isteri. Rasulullah sendiri sering bergurau dengan isterinya. Pernah Baginda bermain lomba lari dengan isterinya Aisyah, adakalanya Baginda menang, dan adakalanya Baginda berpura-pura kalah. Lihatlah, betapa Baginda menghormati isteri-isterinya.

Sabda Rasulullah lagi yang berbunyi: "Mukmin yang paling sempurna adalah Mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling lembut terhadap keluarganya".

Rasulullah sangat membenci suami yang memukul isterinya. Isteri bukan hamba. Hal ini pernah dinyatakan menerusi sabda Rasulullah: "Tidakkah seseorang daripada kamu merasa malu untuk memukul isterinya sebagaimana dia memukul hambanya? Pada waktu pagi isterinya dipukul kemudian pada waktu malam ditidurinya pula".


Adab-adab Suami Terhadap Isteri :

1. Suami hendaklah memperbaiki kelakuan buruk si isteri dan bersabar atasnya. Sabda Nabi SAW, "Barangsiapa bersabar di atas perangai buruk isterinya, dia dianugerahi Allah pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ayub dan barangsiapa (isteri) bersabar di atas perangai buruk suaminya nescaya dia dianugerahi Allah pahala seperti Asiah isteri kepada Fir'aun."

2. Suami hendaklah menegur dan marah jika ada perbuatan isteri yang menyalahi syariat.

3. Suami tidak boleh tunduk (dayus) diperhambakan/diperbudakkan oleh si isteri (queen control). Sabda Nabi SAW, "Celakalah bagi seorang laki-laki yang menjadi hamba isterinya. Apabila seorang laki-laki menuruti hawa nafsu isterinya, jadilah dia hamba isterinya dan binasalah dia (dirinya jadi milik perempuan dan bukan sebaliknya)".

4. Suami harus cemburu secara normal. Tidak boleh dipengaruhi oleh emosi yang berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya perceraian tanpa usul periksa.

5. Suami tidak boleh membiarkan isterinya berkata-kata dengan laki-laki lain atau membiarkan laki-laki lain masuk ke rumahnya ketika suami tidak ada di rumah. Namun, jangan berburuk sangka dengan melampaui batas kewajaran terhadap isterinya tanpa ada sebab atau alasan yang kukuh.

6. Suami hendaklah mengajarkan hal-hal yang bersifat fardhu ain kepada isterinya, termasuk hukum haid.

7. Suami hendaklah menyuruh isterinya supaya tekun menunaikan solat. Jika si isteri ingkar, maka tidurlah terpisah satu hingga tiga malam, dan jika masih tidak berubah (masih ingkar) maka pukullah tetapi jangan sampai mencederakan si isteri.

8. Suami hendaklah sabar ketika isterinya meninggal, kerana itu akan mempermudahnya untuk masuk syurga.


semoga bermanfaat ...
silahkan diSHARE, jika baik untuk dibagikan ....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar